Home Berita PAS Perak

Pemuliharaan alam sekitar perlu disokong

129
SHARE

Oleh: Basith Samad

PADANG RENGAS, 19 JUN – Program pmuliharaan alam sekitar perlu sentiasa disokong dan digerakkan secara bersama bagi mewujudkan kesedaran dalam masyarakat.

Ketua Pemuda PAS Padang Rengas, Khidzir Insab berkata usaha tersebut dapat dilaksanakan secara sistematik sekiranya semua pihak dapat berganding bahu.

“Bagi mencapai usaha itu, satu inisiatif, Gelombang Hijau Bersihkan Sungai telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dibawah anjuran Lajnah Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Kesihatan,” katanya ketika merasmikan program itu di Padang Rengas, semalam.

Tambahnya lagi, program ini telah dilaksanakan secara serentak 24 lokasi diseluruh Negeri Perak bermula semalam hingga hari ini.

“Kami juga turut mengambil bahagian bagi menyemarakkan gelombang ini dengan menjadikan Sungai Batu Hampar, Laneh sebagai lokasi program ini,” ujarnya lagi.

Program yang julung kali ini diadakan juga mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan tidak kira usia muda mahupun tua, kerana ianya adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaga bumi Allah S.W.T ini.