Home Berita PAS Perak

NGO Muslimat Teluk Intan ceburi bidang pertanian

176
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 9 Jun : Pertubuhan Wanita Prihatin Teluk Intan (PERWATIN), dengan usahasama Jabatan Pertanian Daerah Hilir Perak telah melaksanakan Program Pertanian Bandar (Kebuniti) bertempat di Kampung Padang Tembak, baru-baru ini.

Usaha ini sebagai menyahut saranan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu masyarakat terutama golongan B40 mengusahakan tanaman jangka pendek seperti sayuran dalam komuniti terbabit.

“Tidak rugi menabur budi pada tanah. Dalam masa yang sama kita dapat mempertingkatkan ekonomi ( malahan) dapat mewujudkan kebersamaan dalam masyarakat,” ujar Ketua Muslimat Teluk Intan, Robi’aton Mohd Abas ketika hadir bersama menabur biji benih ke dalam pasu yang disediakan.

Projek berkebun secara ‘fertigasi’ ini mensasarkan komuniti atau pertubuhan di kalangan penduduk sebagai syarat penerimaan program.
Sebanyak 200 pasu telah diterima untuk dua Pertubuhan komuniti dilaksanakan di lokasi yang telah ditetapkan.

Bantuan seperti pasu, baja, benih dan peralatan tanaman dibekalkan oleh Jabatan Pertanian sebagai permulaan projek tersebut.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaran Teluk Intan, Hamisah Abas, Ketua Lajnah Kebajikan, Mohd Lutfi Shamsudin, Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Teluk Intan(PERWATIN) Saadah Abas dan ahli jawatankuasa yang lain.