Oleh ANDANSURA RABU
Menyambung lagi tempoh moratorium bauksit jika diputuskan begitu oleh pihak kerajaan, sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Pihak kerajaan perlu berani bertindak secara telus dan muktamad samada aktiviti bauksit diberhentikan atau diteruskan.
Masalah kesesakan dipintu utara Pelabuhan Kuantan hari ini semakin kritikal akibat daripada pemeriksaan lori-lori mengangkut bauksit untuk masuk ke pelabuhan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila banyak pengguna jalanraya lain terpaksa sama-sama beratur panjang di belakang lori-lori tersebut apabila kerja-kerja membina jalan baru sedang berjalan.
Debu-debu yang terhasil disepanjang laluan LPT selepas susur keluar Jabor juga semakin meruncing apabila lori-lori bauksit melalui kawasan tersebut.
Saya sarankan pihak kerajaan perlu bersemuka dengan semua pihak yang terlibat termasuk wakil-wakil penduduk untuk menjelaskan hala tuju sebenar aktiviti pelombongan bauksit ini.
Hentikan serta merta segala aktiviti sehingga semua pihak diberikan penjelasan yang telus. Dibimbangi jika lanjutan tempoh moratorium akan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meneruskan aktiviti lombong haram.
Deretan lori bauksit menghalang laluan pengguna lain di pintu utara pelabuhan kuantan
Penulis ialah Adun Beserah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang
{jathumbnail off}