DUNGUN – 70 tahun mengharungi pelbagai cabaran telah mematangkan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) tanpa mengalah supaya Islam berkuasa.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd Nor menyeru anak muda agar menghargai pengorbanan orang terdahulu.
“Untuk terus bergerak sehingga negara ditadbir oleh Islam,” katanya.
Beliau yang merupakan ahli panel Forum Sambutan 70 Tahun PAS Peringkat Kawasan Dungun yang bertajuk PAS Sebagai Sebuah Gerakan Islam Kontemporari di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin di sini semalam.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah sebagai Moderator dan turut menampilkan Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Dato’ Mohd Amar Abdullah sebagai ahli panel kedua, forum tersebut.
Bual Bicara tersebut turut dihadiri Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Awang Hashim dan Yang Dipertuan PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Sementara itu, Dato’ Mohd Amar mengingatkan supaya ahli PAS tidak menyempitkan keahlian mereka mengikut kawasan kerana ianya akan membawa padah kepada parti tersebut.
“Semua ahli PAS adalah orang PAS, bukannya, kita orang PAS Dungun atau orang PAS Pengkalan Chepa, sehingga kita hanya mahu menerima orang PAS di tempat kita je, tidak mahu menerima orang PAS luar, sehingga menyusahkan pemimpin kita,” jelasnya.