Home Berita PAS Sabah

Badar Al-Kubra peristiwa yang mesti diperingati

194
SHARE

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak, Ustaz Mohamad Fakhrudin ketika menyampaikan cermah Badar Al-Kubra

Oleh: Basith Samad
27 April 2022

TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan terus menghidupkan Bulan Ramadan yang berbaki lima hari terakhir dengan Ceramah Badar Al-Kubra, di Dewan Wak Johar, Kompleks PASTI (KOMPASTI), semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Azhar Rafie berkata, program mingguan setiap hari Selasa di Bulan Ramadan sememangnya adalah program tradisi PAS kawasan setiap tahun.

“PAS di semua peringkat sehingga PAS Pusat telah menjadikan peristiwa Badar Al-Kubra ini sebagai program tahunan yang mesti dibuat.

“Walaupun banyak peristiwa yang berlaku di Bulan Ramadan, tetapi PAS Pusat memutuskan peristiwa perang Badar ini mestilah diperingati kerana sangat berkait rapat dengan perjuangan yang kita dokongi ini,” katanya dalam ucapan perasmian program.

Ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Mohamad Fakhrudin menceritakan tentang tarikh 17 Ramadan yang mengandungi peristiwa besar Nuzul al-Quan dan berlakunya peperangan pertama dalam Islam iaitu Perang Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah.

Peperangan tersebut melibatkan 313 tentera Islam berhadapan dengan 1,000 tentera Musyrikin Mekah yang kebanyakannya saudara-mara mereka sendiri dan lengkap bersenjata dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam atas dasar ketakwaan dengan pertolongan para malaikat.