Home Berita PAS Terengganu

130 Guru PASTI dirai

57
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seramai 130 orang guru PASTI kawasan Besut diraikan dalam majlis iftar dengan memberi sedikit sumbangan berbentuk duit dan biskut raya.

Pengarah PASTI Negeri Terengganu, Cikgu Syamri Razak berkata, ia sedikit sebanyak menghargai pengorbanan mereka selama ini.

“Walaupun kami tahu, sumbangan ini adalah terlalu sedikit berbandingan keringat yang dicurahkan,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pemuda kawasan Besut berkata demikian ketika dihubungi, pada semalam.

Turut hadir ialah pengurus PASTI cawangan Mohd Samsul Bahari.

“Pihak kami jugak mengucapkan berbanyak terima kasih jugak kepada Pihak MTD Kuala Besut yang diwakili oleh Mohd Sulaiman , Che Dollah dan Ayat Hadi jugak menyerahkan sumbangan kepada semua guru PASTI,” tambah beliau lagi.