شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta membezakan di antara yang haq dan batil.” (Al Baqarah : 185)
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa penurunan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah SAW yang berlaku pada malam 17 Ramadan.
Peristiwa besar ini seharusnya sentiasa diingati oleh seluruh umat Islam kerana adalah titik bermulanya Al-Quran menjadi sumber hidayah buat manusia.
Justeru, PAS Kawasan Batu menyeru seluruh umat Islam agar sentiasa mendalami dan beramal dengan ajaran – ajaran Al-Quran supaya kehidupan kita terarah kepada kebenaran dan terhindar dari kebatilan.
“Islam Menyatukan Ummah”
“Wilayah Sejahtera”
Salam Nuzul Quran daripada ;
Ustaz Haji Azhar Yahya
YDP PAS Kawasan Batu
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Penyelaras Parlimen Batu (PAS)