Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan edar sumbangan bakul Ramadan

162
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
14 April 2022

PUTATAN : PAS Putatan telah mengedar sumbangan bakul Ramadan pada Sabtu dan Ahad lepas di Kampung Sri Pandan, Kampung Meruntum, Tanjung Aru, Kampung Kopungit dan Cybercity yang terlibat dengan kebakaran baru-baru ini.

Sebanyak 123 buah keluarga telah menerima sumbangan berupa barang keperluan asas dapur seperti beras, telur, minyak dan lain-lain disampaikan oleh Yang Dipertua, Muhammad Akmal Othman.

Menurut Ketua Penerangan PAS Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin, sumbangan bakul Ramadan ini merupakan program tradisi sebelum ini.

“Selain itu kami juga turut menganjurkan program edaran kurma dan makanan sahur kepada petugas-petugas kesihatan yang bertugas serta ziarah asnaf di kawasan Parlimen Putatan pada bulan Ramadan.

“Kami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya lagi.