Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Semporna meneruskan misi kebajikan

146
SHARE

Oleh : JAMAL ABDUL
13 April 2022

SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna meneruskan misi kebajikan pada Ramadan kali ini dengan mengadakan program bersiri Kasihmu Ramadan bermula Sabtu lepas.

Aktiviti pertama dalam program itu adalah memasak dan mengedar bubur lambuk di Kampung Bunga, Batu 3.

Sebanyak 197 pek bubur lambuk diedarkan untuk juadah berbuka puasa dan 15 kit makanan pula diserahkan kepada keluarga asnaf.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS kawasan, Razis Asparin, program Kasihmu Ramadan akan diteruskan sepanjang bulan ini dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat.

“Dikesempatan ini juga, kita berdoa semoga segala amal ibadah di bulan puasa pada tahun ini diterima oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Kampung Bunga, Mafel Tahing menghargai kesungguhan Pemuda PAS Semporna yang bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk kampung.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau menerima kunjungan daripada Pemuda PAS.

“Kami juga turut menjemput dan mengalu-alukan kedatangan Pemuda PAS untuk berkunjung serta berprogram di kampung ini di masa akan datang,” katanya lagi.

Turut hadir dalam program Ketua Pemuda PAS kawasan, Muhammad Huzaini Rohani.