Oleh: Nurfatiha Mohamad
12 April 2022
KINABATANGAN: PAS Kinabatangan telah mengadakan program serahan Bakul Kasih Ramadhan yang berlangsung pada petang tadi.
Program ini telah berlangsung di Kampung Warisan yang melibatkan 10 buah keluarga yang memerlukan terutamanya dari golongan asnaf.
Bakul Kasih Ramadhan ini merupakan hasil sumbangan sepenuhnya daripada orang awam.Sumbangan yang diterima adalah dalam bentuk wang dan juga keperluan asas.
Serahan Bakul Kasih Ramadhan ini diserahkan sendiri oleh Penyelaras DUN Lamag, Jumaidin Lakalla, Ikon Muslimat Muda, Shahirah Salasain dan Ketua Ameerah Kinabatangan, Siti Aisyah Mohd Syah beserta 7 orang ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.
PAS Kinabatangan menyasarkan akan lebih ramai penerima yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan akan mendapat sumbangan daripada Bakul Kasih Ramadhan pada tahun ini.
Orang awam dialu-alukan untuk turut serta dalam program ini dengan menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional PAS Kawasan Kinabatangan 1213441100010037.