Home Berita PAS Terengganu

Bukan ambil alih tugas lelaki

65
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dasar Wanita Terengganu yang akan dilancarkan tidak lama lagi bukan bertujuan mengambil alih tugas dan peranan lelaki tetapi sebaliknya untuk memperkasakan wanita di negeri itu.

Mengulas lanjut, Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, YB Zuraida Md Nor berkata, dasar yang mempunyai 22 Segmen itu mengetengahkan antaranya Wanita dan Kesihatan, Wanita dan Pendidikan serta Wanita dan Ekonomi untuk melibatkan wanita sebagai peneraju bersama lelaki.

” Kita sesekali tidak mahu mengambil tugas lelaki, kita mengikut fitrah kejadian manusia dan fitrah kejadian wanita, yang penuh kelembutan, kasih sayang, ada hak dan batas dia, kita mengikut garis panduan agama kita.

“Kita mahu memartabatkan wanita Terengganu selari dengan slogan ‘Wanita Terengganu Wanita Berilmu,” ujarnya.

Zuraida berkata demikian di dalam program Bual Bicara Sidang DUN Terengganu yang disiarkan secara langsung di Facebook Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu pada 5 April lalu.

Katanya lagi, dengan terlaksannya dasar ini, hak wanita dimartabatkan dan terjaga.

“Kita hendak wanita Terengganu rasa selamat dan rasa terbela. Dan kita juga mahu memelihara hak mereka sebagai wanita dari segala sektor dan juga segmen,” katanya.