Home Berita PAS Terengganu

Peguam jenayah berhijab pertama anggotai QC

75
SHARE

Peguam jenayah berhijab pertama di United Kingdom (UK), Sultana Tafadar, menjadi pemakai tudung pertama dari dilantik sebagai anggota ‘Queen Council’ (QC).

Pelantikan beliau menunjukkan contoh kepada wanita Islam dalam mengejar impian dan mencapai matlamat.

Tafadar telah mencapai markah kecemerlangan tertinggi yang boleh dipegang oleh seorang peguam di UK.

Beliau juga peguam hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan keadilan jenayah yang pakar dalam memerangi keganasan dan kes keselamatan negara.

Tafadar ialah anak perempuan pendatang yang berpindah ke UK dari Bangladesh.

Pada masa ini hanya terdapat dua Peguam muslim berhijab QC, beliau dan Shaheed Fatima (Gambar bawah) seorang peguam undang-undang awam, yang dilantik pada 2016, dan Tafadar, yang dilantik pada 21 Mac tahun ini.

..

“Tidak dinafikan, kebanyakan daripada kita menghadapi cabaran di tempat kerja. Wanita cenderung untuk menghadapi cabaran tertentu, wanita dari latar belakang minoriti menghadapi cabaran, dan wanita yang kelihatan Islam atau memakai tudung cenderung menghadapi cabaran tertentu,” kata Tafadar.

Menjadi ahli QC adalah proses yang sukar di UK kerana peguam biasanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman untuk LAYAJ permohonan.

“Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah. ​​Dan itulah sebabnya saya sangat gembira berada di kedudukan ini. Ia satu proses yang sangat panjang. Ia satu perjalanan yang sukar,” kata Tafadar, merujuk kepada laluan kejayaannya.