Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau serah peralatan sekolah kepada asnaf dan B40

132
SHARE

                              OLEH : SITI NADIAH ABD MUTALIB.                            3 APRIL 2022

TAWAU: PAS Kawasan Tawau menyampaikan sumbangan alat persekolahan yang bernilai rm 10,200 kepada 60 penerima dalam majlis Back To School, di sebuah sekolah swasta, di sini semalam.

Yang Dipertua Pas (YDP) Kawasan Tawau, Mohammad Husain berkata ibu bapa perlu mengambil motivasi dari orang-orang Tawau yang telah berjaya walaupun dalam keadaan latar belakang yang berbeza namun Mohamad menasihati para ibu bapa dan pelajar agar tidak menjadikan ia sebagai satu penghalang.

Nasihatnya lagi agar Ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak dari kecil hendaklah perbanyakkan kesabaran dan usah mengeluh.

“PAS sentiasa terbuka dan sentiasa mengalu-alukan semua pihak ke pejabat PAS sekiranya ingin berkongsi masalah, menyatakan aduan dan memberi cadangan kepada PAS.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada NGO Yayasan At-Taqwa yang telah memberi sumbangan dan pentadbir Sekolah Rendah Islam Al-Fateh kerana sudi menyediakan tempat bagi menjayakan majlis ini,” kata Mohamad

Program Back To School adalah program yang diadakan setiap tahun bagi membantu golongan asnaf dan golongan B40 untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah wakil Persatuan Kebajikan Dan Prihatin Dakwah Sabah (PKPDS), AJK PAS Kawasan PAS kawasan , AJK Dewan Pemuda , AJK Dewan Muslimat, Nusaibah, Jabatan Amal dan Briged Muslimat.