Home Rencana PAS Wilayah

Ramadan Bulan Tarbiyah

253
SHARE

Ramadan Bulan Tarbiyah

Allah ﷻ memberikan kepada kita umat Islam suatu bulan yang diberkati iaitu bulan Ramadan alMubarak. Bulan yaang mendidik dan mentarbiyah umat Islam ke arah pembentukan insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNya.

Hanya dengan iman dan taqwa ini sahaja umat Islam akan terselamat dari pancaroba dunia dan keburukannya. Begitu juga dengan adanya iman dan taqwa ini umat Islam tidak akan sesekali hanyut dan sesat akibat serangan musuh2 Islam dari segenap penjuru.

Bulan Ramadan juga dapat mentarbiyah pejuang pejuang Agama Allah dengan akhlak dan adab Islam yang terpuji. InsyaAllah kemenangan iu hanya milik Islam dan pejuangnya yang ikhlas.

Ustaz Haji Md Ali Jamil
2 April 2022