Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS dan Armada Semporna dekati hati rakyat

192
SHARE

Oleh : MOHD SAFWAN BIN MOHAMMAD

27 Mac 2022

SEMPORNA : Pemuda PAS dan Armada Semporna menyantuni penduduk kampung melalui Program sentuhan prihatin pemuda.

Program Sentuhan prihatin pemuda dilaksanakan untuk menyampaikan sumbangan selain beramah mesra bersama penduduk kampung.

Sebanyak 200 bakul makanan dan 6 kerusi roda telah disumbangkan di tujuh buah kg antaranya Kg. Bubul Batu 2, Kg. Bubul Andung, Kg. Bubul Lama, Kg. Bubul Batu 3, Kg. Keramat, Kg. Lapangan Terbang dan terakhir Kg. Baru Semporna.

Turut hadir bersama, Ketua Pemuda PAS Semporna, Muhammad Huzaini Rohani dan Ketua Armada Noorudin Abd Husin.

Muhammad Huzaini Rohani berkata, “memahami keadaan ekonomi semasa, program ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban dan kesusahan penduduk kampung”.

Katanya lagi, “Program sebegini penting bagi memperkasa penyatuan dan perpaduan di kalangan parti dan ahli parti yang natijahnya nanti akan kembali kepada rakyat sekaligus mewujudkan kestabilan politik dan suasana yang harmoni”.”

Terpancar kegembiraan pada penduduk kampung yang rata-rata dari mereka sangat menunggu kehadiran kami”. Kata, Nooruddin Abd Husin.

Katanya lagi, “Warga emas yang tidak mampu berjalan, selama ini hanya terbaring dan duduk diatas kerusi kayu, kini sudah mampu bergerak dengan adanya kerusi roda”