Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu bantu murid PASTI Tawau terlibat kebakaran

184
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
27 Mac 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu hari ini menyerahkan sumbangan kepada murid PASTI kawasan Tawau yang terlibat dalam kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas.

Sebanyak 20 buah beg sekolah serta wang tunai telah diserahkan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah di PASTI Nurul Najah 2, Taman Megah Jaya.

Hadir menerima sumbangan, Timbalan 2 Pengerusi PASTI Tawau, Ustaz Zulkifli Omar yang mewakili Pengurusan PASTI kawasan.

Ustaz Zulkifli merasa sangat berbesar hati di atas usaha murni PAS Lahad Datu mengumpul dana bagi membantu pelajar PASTI Tawau yang terlibat dalam musibah ini.

Sementara itu, Nizam mewakili PAS Lahad Datu merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang bagi membantu menjayakan misi itu.

Terdahulu, satu kebakaran besar telah berlaku di kampung itu pada 17 Mac lepas yang memusnahkan lebih 700 buah rumah.