Home Berita PAS Terengganu

Wakil wakil Umno Terengganu menipu

301
SHARE

Tak faham betul pasal YB Umno Terengganu yang mengadu pasal dianaktirikan oleh kerajaan Negeri. Macam budak-budak mengadu, dah la mengadu mende yang menipu. Meh nok kabo.

1. Modal lapuk yang sama sudah hampir 3 generasi berhadapan dengan PAS di Terengganu ni adalah isu, amanat Haji Hadi. Pergilah jumpa mana-mana pemimpin Umno yang tua-tua saya berani jamin inilah modal lapuk yang akan dijaja untuk berkempen.

2. Sebab apa guna modal yang sama? Sebab kerajaan PAS Terengganu hari ini hampir tiada isu penggelapan wang dan projek gajah putih serta salah guna kuasa yang menjadi darah daging Pemimpin Umno sewaktu berkuasa dahulu. Buktinya, rakyat Terengganu boleh lihat sendiri betapa banyakkan projek sakit yang ditinggalkan oleh kerajaan BN yang perlu dibaikpulih oleh kerajaan kini.

3. Wakil Umno Terengganu juga bagaikan dirasuk sakit gila dan lupa ingatan dengan tiba-tiba apabila menyatakan tiada langsung usaha untuk memastikan MN berjalan di Terengganu. Bukankah Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang berusaha paling kuat dan paling ke depan untuk menguburkan MN? Inilah manusia yang tidak berusaha langsung untuk memperkasakan MN.

4. Tidakkah wakil Umno yang berucap itu juga sedar bahawa sejumlah RM 250 ribu peruntukan telah diluluskan untuk diberikan kepada YB UMNO dalam Belanjawan Terengganu sekaligus menjadikan Kerajaan PAS Terengganu sebagai antara kerajaan pertama di Malaysia yang memberi peruntukkan kepada Pembangkang selepas PRU 14. Zaman Umno memerintah jangankan duit peruntukkan untuk YB, bantuan untuk penyokong PAS yang juga rakyat Terengganu disekat dan dinafikan.

5. Tak cukup dengan itu, ketika pandemik melanda, sejumlah 40 ribu lagi duit tambahan bagi menampung perbelanjaan bantuan kepada rakyat dibawah jagaan YB Umno. Rakyat tertanya-tanya dimanakah peruntukan-peruntukan ini disalurkan? Kita harap ianya tidaklah diberikan kepada kroni-kroni sahaja.

6. Ucapan wakil Umno Terengganu itu melambangkan sifat tidak matang dan kebudak budakkan dalam menghasut ahli UMNO untuk membenci MN dengan fakta yang tidak tepat dan jelas mengelirukan.

7. Jika ingin keluar dari MN sekalipun, berikan fakta yang benar dan hujah yang betul. Janganlah dengan nafsu serakah gila kuasa sehingga mengelirukan masyarakat diluar sana.

8. Tidaklah hairan apabila, Sang Puteri sanggup mengaku mereka lebih jantan dari jantan yang ada dalam Umno, sebab yang sepatutnya jantan dah bertukar menjadi sebaliknya dan hanya berani memberikan hujah rekaan semata-mata. Tahniah wakil UmnoTerengganu yang tak jantan langsung!!!

Mohd Harun Esa
Ketua
Dewan Pemuda PAS Terengganu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=139138235283953&id=100075633326663