Home Berita PAS Terengganu

157,000 benih ikan dilepaskan di Tasik Kenyir

122
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melepaskan 157,000 ekor benih ikan ke perairan Sungai Leban Kerbat, Tasik Kenyir dalam Program Pelepasan Sejuta benih Ikan semalam.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pelepasan benih tersebut dilakukan bagi tujuan menambahkan sumber ikan air tawar bagi aktiviti perikanan tangkapan.

“Kali ini kita lepaskan benih ikan Lampam Sungai, Baung serta Udang Galah bagi tujuan menambahkan populasi spesies tersebut di sekitar kawasan ini.

“Peningkatan sumber ini dijangka akan memberi manfaat kepada 32 orang nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu di samping aktiviti eko-pelancongan di Tasik Kenyir,” katanya dalam satu kenyataan.