Home Berita PAS Sabah

PASTI menerajui pendidikan Islam terbaik kanak-kanak

364
SHARE

Oleh Abu Suud Efendi
16 Mac 2022

TUARAN: Unit Kurikulum Majlis Guru PASTI Kawasan Tuaran telah mengadakan Program First Touch bagi memperkasakan sistem pendidikan PASTI di daerah Tuaran.

PASTI di bawah Dewan Pemuda PAS dilihat berpotensi dalam menerajui pendidikan Islam khususnya bagi kanak-kanak di daerah Tuaran kerana kemahiran guru turut mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

 

Program ini melibatkan 11 orang guru daripada PASTI Al-Iman, PASTI Al-Fath dan PASTI Asy-Syafie serta beberapa orang penceramah jemputan dari Likas dan Putatan.

Pengarah Program First Touch Tuaran, Noor binti Tenri berkata, kursus ini amat penting bagi guru PASTI melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran sebagai warga pendidik PASTI. Beliau selaku Ketua Unit Pengurusan PASTI Kawasan Tuaran berpuas hati kerana terdapat banyak nilai tambah yang mampu meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru PASTI.

Sepanjang program tersebut, para guru PASTI telah menyertai kursus Etika Seorang Guru, Perhimpunan dan Pengurusan Kelas, Transisi, Penulisan RPH, Pedagogi, Slot PCM, Penulisan Buku Latihan, Kemahiran Pembinaan Bahan, Mikro Teaching dan Slot Motivasi.