Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Sabah sifatkan tawaran anak muda sangat realistik

131
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
7 Mac 2022

SEGAMAT: Dewan Pemuda PAS Sabah menyifatkan 20 Tawaran Anak Muda Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sangat realistik bertepatan dengan kehendak anak muda.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah dalam satu kenyataan ketika ditemui semasa kempen di Dun Jementah semalam.

“Tawaran anak muda yang dibawa oleh Perikatan Nasional itu merupakan satu tawaran yang cukup baik bagi memenuhi hasrat jiwa anak muda,” jelas Hendri.

“Bantuan-bantuan untuk anak muda ini telah pun banyak diberikan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin negara sebagai Perdana Menteri lagi,” tambahnya.

Pemuda PAS Sabah berharap agar anak muda perlu menyuarakan kehendak mereka dan menolak pemimpin rasuah dalam Pilihan Raya kali ini.

“Anak muda perlu bangkit membina negeri yang baik dengan memilih pemimpin yang bersih dan berkebajikan supaya nasib anak muda lebih terbela dibawah kepimpinan Perikatan Nasional,” ujarnya.