Oleh: Jusmawari Jusoh
78 Pelajar SRIDAF Sertai Pertandingan Hafazan
BESUT – Seramai 78 orang murid Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) menyertai pertandingan hafazan yang merupakan acara tahunan sekolah.
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRIDAF Cikgu Solahhudin berkata, pertandingan tersebut terbahagi kepada sembilan katagori dan hanya tiga pemenang yang akan diambil kira.
“Kita lahirkan SRIDAF ini enam tahun yang lalu adalah bertujuan untuk melahir satu generasi yang bukan sahaja cemerlang dibidang akademik,
“tetapi cemerlang sahsiah dan juga seorang hafaz Al-Quran,itulah matlamat kami “jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas program berkembar Hafazan dan Majlis Ihtifal sebagai penutup sesi persekolahan tahun 2021, pada
Selasa 22 Februari.
Menurutnya, pertandingan ini yang berlansung selama dua hari bermula pada Ahad 20 Februari hingga Isnin 21 Februari.
Beliau berkata, turut hadir saudara Ahmad Bakri Zamin selaku pengerusi Majlis Ibu Bapa dan Guru (MIBG) selaku Pengerusi bagi meriahkan lagi majlis.
Sementara itu, Mudir SRIDAF Ustaz Basri Abdullah bersykur kerana program tersebut berjaya diadakan.
“Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan dibuat secara dalaman sahaja walaupun secara sederhana memandangkan pandemik covid-19 masih lagi belum selesai, “ujarnya
,