Home Kenyataaan Media PAS Perak

P.Ramasmy jangan cuba gugat keharmonian beragama di dalam negara

133
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT BUNTAR
23 Februari 2022 | 21 Rejab 1443

P. RAMASAMY JANGAN CUBA GUGAT KEHARMONIAN BERAGAMA DI DALAM NEGARA

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Parit Buntar turut bersolidariti mempertahan status keIslaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong dan berharap masa depan anak-anak tersebut terjamin sebagai seorang Muslim tanpa menafikan hak penjagaan ke atas ibunya.

Asasnya ketiga-tiga anak tersebut difahamkan memeluk Islam bersama bapanya adalah secara sukarela dan mestilah dihormati. Malah mereka telah dijaga dengan baik sertan pihak penjaga sentiasa terbuka dan mencari ibunya yang telah sekian lama berpisah disebabkan penceraiaan suami isteri.

Sudah tentu dakwaan P Ramasamy, pemimpin DAP dan pasukannya dilihat seolah-olah sengaja membuat tuduhan jahat dengan mendakwa adanya unsur paksaan dan penculikan ke atas anak-anak tersebut yang jelas menampakkan salah tanggapan terhadap kes tersebut.

Maka, DPPK Parit Buntar mengingatkan agar pihak P Ramasamy dan pihak-pihak tertentu jangan cuba menggugat keharmonian beragama di dalam negara Malaysia ini melalui tindakan provokatif sedangkan hak tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sokongan dibuat selari dengan pendirian Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak dalam menyatakan pendirian kami untuk mengajak seluruh umat Islam daripada pelbagai latar belakang dan fahaman politik untuk bersatu hati mempertahan akidah Islam dan nasib anak-anak tersebut agar terus dibela dan mendapat perlindungan sewajarnya.

Sekian, terima kasih

“Legasi Perjuangan”
“Memacu Perpaduan”

HAKIMI HAMZI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Buntar

#KenyataanMedia
#PemudaPASParitBuntar
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan