Home Berita PAS Perak

PAS Teluk Intan konsisten hulur bantuan bulanan penduduk setempat

172
SHARE


Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan, 16 Februari : Lajnah kebajikan Teluk Intan meneruskan misi membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan secara bulanan.

Seramai 16 orang yang merupakan ketua setiap keluarga telah dimaklumkan untuk hadir menerima bantuan di perkarangan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di sini semalam.

‘ Kita berharap dengan adanya sumbangan secara bulanan ini dapat membantu meringankan beban hidup mereka yang sukar.’ Ujar Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafaei ketika menyampaikan bantuan.

Mereka yang terpilih menerima bantuan telah dikenalpasti kedudukan kewangan, tanggungan keluarga serta taraf pekerjaan malah direkodkan sebagai rujukan dan simpanan.

Bantuan yang disalurkan adalah keperluan asas memasak seperti beras, minyak, gula, garam dan lain-lain yang dianggar berjumlah RM40 setiap satu.

Program ini telah berlangsung selama hampir setahun yang lalu ketika ramai di kalangan masyarakat dunia khasnya Malaysia yang terkesan dalam sektor pekerjaan akibat wabak covid-19.

Turut hadir Ketua Muslimat Teluk Intan, Robi’aton Mohd Abas, Setiausaha Dewan Muslimat, Saadah Abas, Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Hafizah Salwa Abdul Hir dan ahli jawatankuasa yang lain.