SETIU – Gotong royong secara bersepadu bagi membersihkan kawasan pantai di daerah ini telah diadakan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang yang melibatkan 10 jabatan dan agensi kerajaan juga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kolej Bestari (UCB).
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat berkata, tujuan program berenaan adalah memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya memelihara keindahan pantai yang ada di negeri ini.
“Dimana ia sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri itu kerana ia bukan hanya tanggung jawab pihak tertentu sahaja tetapi ia merupakan tugas semua orang jadi ,kIta kita berharap agar orang ramai sendiri dapat menjaga kebersihan ini dan kesedaran semua pihak terutama kalangan anggota masyarakat adalah penting. Fokus gotong royong pada hai ini adalah membersihkan sampah sarap yang dihanyutkan semasa musim tengkujuh.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak gotong royong bersepadu Kampung Kuala Baru, Kampung Mangkok pada Jumaat.
“Dikawasan ini merupakan tapak pelancongan dan kita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan mengambil langkah bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih akan mengambil perjalanan untuk diletakkan tong sampah di hujung kawasan perkelahan ini,”ujarnya.