Home Berita PAS Terengganu

Jalan Cengal Besar Kuala Loh Seksyen 3.7 ditutup bermula 3 Januari

200
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jalan Cengal Besar / Kuala Loh Seksyen 3.7 berhampiran campsite Sungai Kelemin ditutup kepada semua kenderaan bermula 3 Januari 2022 ( Isnin ) sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jabatan Kerja Raya ( JKR ) dalam satu kenyataan berkata penutupan sementara laluan ini bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya susulan cerun runtuh (down slope) di lokasi terbabit.

Menurut JKR, pemasangan papan tanda amaran dan pemberitahuan telah dipasang di laluan yang terlibat termasuk peta lokasi untuk panduan kepada pengguna jalan raya.

Sehubungan dengan itu, JKR berharap semua pengguna jalan raya mematuhi papan tanda arahdan papan tanda keselamatan yang disediakan.