Home Berita PAS Terengganu

Khidmat Malaysia Hulu Terengganu bergerak lebih lancar

209
SHARE

HULU TERENGGANU – Dengan sedikit sebanyak, kewangan yang ada, Khidmat Malaysia Hulu Terengganu akan dapat bergerak dengan lebih baik

Bendahari PAS Kawasan tersebut, YB Dr Haji Mamad Puteh mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Khidmat Malaysia terbabit yang begitu komited untuk bertugas pada musim tengkujuh kali ini.

“Terima kasih juga kepada para penyumbang yang memberi sumbangan bagi menggerakan Khidmat Malaysia Hulu Terengganu ini.

“InsyaAllah, saya doakan gerak kerja Khidmat Malaysia ini dipermudahkan dengan sebaiknya.” ujarnya.

Beliau yang juga ADUN Kuala Berang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran agensi bantuan PAS pada Sabtu 18 Disember.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kassim dan Setiausaha PAS Kawasan YB Hilmi Dato Harun .

Sementara itu, Ustaz Maliaman berkata, objektif utama pelancaran tersebut adalah bagi menggembleng tenaga semua sukarelawan dan anggota parti bagi mendepani musim tengkujuh yang sedang melanda.

“Persiapan telah pun dibuat sejak dari awal bagi menghadapi segala kemungkinan, bukan sahaja banjir malah segala bencana di kawasan Hulu Terengganu,

“Sehingga kini kita mempunyui keahlian dan sukarelawan yang bersiap siaga ingin membantu mangsa bencana dan kebajikan.” jelasnya