Home Berita PAS Pulau Pinang

Program Sumbangan Kasih Ramadan PAS Kawasan Bukit Mertajam

573
SHARE

Sempena bulan Ramadan dan menanti hari lebaran yang bakal tiba , Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Mertajam dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan telah menganjurkan program Sumbangan Kasih Ramadan . Program ini bertujuan untuk membantu  golongan asnaf seperti fakir miskin , warga emas , anak yatim , OKU , ibu tunggal dan tidak juga dilupakan guru-guru PASTI yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak-anak dari kecil untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat , agama dan bangsa.

Program ini disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Mertajam , Ustaz Mohd Yusni Mat Piah. Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan , Tuan Norazman Ishak  serta Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Mertajam terutamanya wakil dari Lajnah Kebajikan Kawasan turut sama hadir memeriahkan majlis.

Sejumlah 70 orang dari PAS cawangan-cawangan di kawasan Bukit Mertajam  telah dipilih untuk menerima sumbangan. Manakala seramai 15 orang guru PASTI juga menerima sumbangan yang sama. Di samping itu Dewan Muslimat PAS Kawasan juga telah menyediakan sumbangan kepada 19 orang yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.

{jathumbnail off}