Oleh :MUHAMAD ABDUL FATEH
Wangsa Maju, 19 Disember: Skuad bola sepak DPPWM FC, Luqman Hakim Al-Gombaki yang merupakan pemain pasukan bola sepak DPPWM FC kini masih mampu beraksi di pentas perlawanan persahabatan di setiap pertandingan.
Dia yang tersenarai sebagai Alumni DPPWM FC berkata, keyakinannya itu berdasarkan pasukan bola sepak DPPWM FC kini telah meraih kemenangan 5 kali dalam pertandingan persahabatan bola sepak yang di anjurkan oleh Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) dengan membawa gelaran ‘Man Of The Match’.
Menurut Pengarah DACS Wangsa Maju, Ahmad Zulhelmi Ahmad Kamal, tanda minat mendalam golongan muda terhadap bola sepak boleh dilihat dengan kemunculan banyaknya kelab dan akademi bola sepak terutamanya di Lembah Klang.
Peningkatan jumlah kelab bertanding dalam begitu banyak kejohanan tempatan pelbagai kumpulan umur mencerminkan minat mendalam golongan muda dalam bola sepak dan usaha gigih mereka untuk mengasah bakat.