Home Berita PAS Wilayah

Mesyuarat Penubuhan Dewan Ulamak PAS Kawasan Wangsa Maju

170
SHARE

Oleh : Muhd Nur Azmi Yusuf

WANGSA MAJU; 19 Disember 2021, Mesyuarat Penubuhan Dewan Ulamak PAS Kawasan Wangsa Maju telah diadakan semalam di Markas PAS Kawasan Wangsa Maju.

Tujuan penubuhan Dewan Ulamak ini adalah menyambut satu usul yang diterima pada tahun 2019 dalam Muktamar Agung PAS Pusat.

“Kuota 25 orang bagi setiap penubuhan Dewan Ulamak kawasan adalah satu cabaran buat saya di kawasan ibu kota dan Alhamdulillah kita (Wangsa Maju) terpilih daripada 4 kawasan lain untuk menubuhkannya.” Ujar Ustaz Bakri Che Hat, Ketua Penaja Dewan Ulamak PAS Kawasan Wangsa Maju.

Turut hadir menyempurnakan perasmian, Ustaz Md Ali Jamil, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dengan menyatakan Dewan Ulamak ini merupakan salah satu sayap PAS kawasan seperti dewan-dewan lain.

“Setiap Parti Islam memerlukan satu organisasi dari golongan Ulamak bagi menzahirkan organisasi ini adalah yang terpenting dan tertinggi.” Tambah beliau lagi.

Turut hadir Yang Di Pertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, dan Pemerhati dari Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.