Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua petugas PAS dari Johor yang telah memberi bantuan di PRN Melaka yang telah selesai pada hari Sabtu lepas.
Walaupun kita tidak menang tetapi kita telah memperolehi peningkatan undi yang besar berbanding PRU ke 14 yang lalu Alhamdulillah.
Begitu juga terima kasih banyak kepada pihak JPRN dan Pimpinan PAS Johor disemua peringkat yang telah memberikan iltizam yang tinggi didalam PRN Melaka ini.
Akhir kata saya menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari calon kita Tuan Hj. Abd Alim bin Syapie dan PAS Negeri Melaka kepada semua.
Jazakumullahu Khairan Kathiran.
الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر
Sekian terima kasih.
Abdullah bin Husin
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.