Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : PAS Kawasan Sungai Buloh
Calon N14 Kelebang Tn Hj Bakri Jamaluddin dihantaran facebooknya meletakkan moto bersih, berintegriti dan berkebajikan. Sesuai dengan apa yang telah berlaku pada pertadbiran sebelum ini yang berkecamuk sesama sendiri hingga membawa kepada pembubaran DUN, Perikatan Nasional menampilkan prinsip pertadbiran yang bersih.
Ketika perlancaran jentera yang lalu oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yasin, beliau akan memastikan pertadbiran PN mestilah bersih, berintegriti dan prihatin. Tambahannya lagi, PN akan memastikan bahawa semua calon yang akan diketengahkan semestinya bersih dan berintegriti selain dari calon Muda dan Wanita.
Rakyat Melaka sudah berpengalaman dan matang dalam memilih. Mereka dapat membezakan pertadbiran gelap zaman Pakatan Harapan yang lalu serta perebutan dan ketamakkan pemimpin sebelum ini. Dengan perkembangan ini, seharusnya rakyat Melaka memilih Perikatan Nasional bagi menyambung kelangsungan pertadbiran kerajaan PN diperingkat nasional.
Justeru, marilah bersama-sama kita mengajak adik, kakak, pakcik, makcik, nenek, atok, jiran tetangga mahupun jiran jauh untuk bersatu hati memilih dan mengundi semua calon Perikatan Nasional diseluruh Melaka dan N14 Kelebang khususnya untuk kestabilan dan kesejahteraan rakyat Melaka, InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor