Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Mohamad Amri bin Saliya
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor
1. Susulan hasil Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah mengambil keputusan bahawa PAS akan menggunakan logo PN dalam Pilihanraya Negeri Melaka, DPPKKS yakin ianya adalah satu langkah tepat dan bijaksana dalam mendepani cabaran PRN kali ini selepas kita melepasi ujian pada PRN Sabah yang lalu.
2. Ianya adalah merupakan ijtihad politik semasa PAS bagi menghadapi PH agar memastikan PH tidak kembali berkuasa di Negeri Melaka.
3. Keputusan ini juga diyakini sebagai satu kekuatan yang ampuh untuk memastikan cita-cita umat Islam keseluruhannya bagi melihat umat Islam agar tidak terus bercakaran hanya semata-mata kerana berbeza pandangan berkenaan politik.
4. Percaturan politik yang bijak dan harmoni perlu digunakan untuk kita menghadapi musuh yang sebenar iaitu PH dan sekutunya. Semangat kerjasama perlulah dikekalkan agar menjadi sebuah pasukan yang kuat sekaligus memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRN Melaka.
5. Kesepakatan antara BN dan PN ini harus diperkukuh bagi menyempurnakan kekuatan umat Islam dari segenap aspek seterusnya membawa kebaikan kepada ummah serta rakyat dinegara ini.
6. Buat sahabat-sahabat Pemuda, belajar untuk bertenang menerima keputusan dan wajib membantu untuk melaksanakan keputusan serta arahan jemaah. Buang segala rasa ragu dan sangsi. Kita dengar dan kita taat. Ayuh kita perkemaskan gerak kerja dilapangan masing-masing dan menguruskan perbezaan pendapat secara hikmah agar gerak kerja jemaah dilaksana berteraskan kesatuan fikiran (wehdatul fikr) seiring dengan kesatuan tindakan (wehdatul amal).
Memperkukuh Muafakat Nasional,
Mempertahan Perikatan Nasional.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
3 November 2021 | 27 Rabi’ul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor