Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Gombak
Kita mengikut dan cermati kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan menggunakan logo Perikatan Nasional pada Pilihanraya Negeri Melaka kelak.
Pada pandangan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) ia adalah soal strategi dan urusan urusan teknikal semata dalam konteks urusan pilihanraya ini. Maka Tuan Guru Presiden dan Ajk PAS Pusat wajar diberi seluas luas kebebasan dan tindakan percaturan politik yang selayaknya dibuat.
Sebelum ni ‘depa’ dok kata, kononnya keputusan guna lambang PN adalah idea dua tiga kerat individu dikeliling Tuan Guru Presiden. Sekarang, PAS Pusat dah buat keputusan. Jgn pulak selepas ni rumah dah siap pahat masih berbunyi. Tak chantek gitu~
Keputusan Tuan Guru Presiden memberi mesej jelas bahawa ahli dibawah dengar dan taat dan terus bergerak ke hadapan. Usah bersuara sumbang sebab ia tidak membantu organisasi sekali pon.
Apa sudah jadi dengan Muafakat Nasional bro?
Ini satu persoalan yang menarik. Pada pandangan kami ruang lingkup struktur kerjasama di dalam Muafakat Nasional terus perlu berjalan seiiringan dengan keputusan yang dibuat PAS bersama Perikatan Nasional. Asasnya mudah, boleh atau tidak 2 entiti gabungan ini (PN dan MN) memeterai kerusi bertandung di PRN Melaka kelak untuk elak pertembungan kerusi. Itu sahaja!
Pastinya ini adalah permulaan kepada kompas dan neraca kita dalam menggerakkan jentera pilihanraya kelak. Bukan kaleng kaleng punya keputusan ni tuan tuan!
Perikatan Nasional sudah teruji didalam siri pilihanraya negeri di Sabah. Sekali lagi kerjasama erat antara parti parti didalam entiti gabungan Perikatan Nasional ini pastinya dicemburui lawan dan kawan.
Ayuh, kita mesti berpijak dibumi yang nyata bahawa didalam pilihanraya pasti dan pasti perebutan kerusi akan berlaku. Hanya jiwa besar dan real politik sahaja akan dapat menggugah sebarang strategi yang akan direncana kelak!
Selamat berbincang teman teman kolasi Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional! Jangan biarkan Pakatan Harapan kembali ke tampuk kuasa! Enough said!
2 November 2021 | 26 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor