Home Rencana PAS Selangor

Bajet 2022: diskaun PTPTN kembali! – Ketua Penerangan DPPK Gombak

213
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎ATYAN YமUகைய PTPTN ទ دو_دا_مÛ DEWAN PEMUDA PAS GOMBAK WAIGIONEA TABUNG Pendidikan BAJET 2020: DISKAUN PTPTN KEMBALI! Dewan Pemuda PAS Gombak menyatakan dukungan dan sokongan kepada usaha memulih negara dan memastikan isu isu anak muda terus diberi perhatian kerajaan. Teruslah berusaha dan berusaha, melakukan terbaik demi kebaikkan kita bersama. Mohamad Suffi Bin Kamar Y4G NECARA #MEMIMPIN KETUA PENERA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS GOMBAK Youth4Green wwww.pemudagombak.com PemudaGombak.com DPPG‎"‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamad Suffi Kamari
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak

Dalam keadaan kadar pengangguran yang membimbangkan mencecah 5% maka pengumuman semula diskaun 15% kepada pembayaran penuh PTPTN amat dialu- alukan. Selain itu 12% kadar diskaun bagi bayaran 50% baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10% bagi potongan gaji mengikut jadual.

Sebagai sebuah kerajan Keluarga Malaysia yang prihatin dan peduli, isu pembayaran balik hutang pelajaran PTPTN sering kali menjadi modal tarik tali para politikus.

Suatu ketika dahulu janji pendidikan percuma sering digunakan sebagai pemancing utama isu panas politik negara. Debat terbuka anjuran Sinar antara Saudara Rafizi Ramli vs Khairy Jamaluddin telah menjadi perhatian para anak muda yang amat tertarik dengan idea pendidikan percuma.

Nah kita memahami beban perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan. Dalam masa yang sama, bebanan kepada anak muda yang berusaha memulih kembali ekonomi diri dan keluarga juga menjadi keutamaan. Nescaya langkah mengembalikan diskaun bayaran balik PTPTN sebanyak 15% ini amat dialu-alukan.

Selain itu anak muda wajar mengambil peluang yang diberi kerajaan untuk menyelesaikan hutang PTPTN atau memulakan kembali bayaran secara ansuran. Ini penting untuk memastikan adik adik yang akan datang dapat diberi pinjaman oleh tabung pendidikan ini.

Perkara yang perlu dilakukan selepas ini mulalah sesi konsultasi dengan pihak PTPTN mengenai kaedah mana yang sesuai. Langkah terbaik ialah menyusun pembayaran balik hutang PTPTN sesuai dengan kemampuan kita anak muda yang mulai bertatih didalam pekerjaan dan merancang kewangan kita.

Justeru, Bajet 2022 yang dibentang oleh kerajaan Keluarga Malaysia oleh Menteri Kewangan YB Datuk Seri Tengku Zafrul amat lah dialu alukan dan memacu pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka berkembang hingga 3-4 peratus.

Dewan Pemuda PAS Gombak menyatakan dukungan dan sokongan kepada usaha memulih negara dan memastikan isu isu anak muda terus diberi perhatian kerajaan. Teruslah berusaha dan berusaha, melakukan terbaik demi kebaikkan kita bersama.

29 Oktober 2021 | 22 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor