Home Berita PAS Selangor

Masyarakat India disantuni menjelang sambutan perayaan mereka – DMPN Selangor

81
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 28 Oktober – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), diketuai Ketua Muslimat Negeri Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hasan bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh, Pn. Siti Rohaya Ahad telah turun ke flat Bandar Baru Sungai Buloh dan Merbau Sempak, menyantuni masyarakat India yang beberapa hari sahaja lagi akan menyambut perayaan mereka.

Ustazah Hjh Wan Hasrina dalam ucapannya, menyatakan agar mereka tabah dan berbanyakan bersabar dalam menempuh pelbagai ujian yang sedang dilanda oleh seluruh dunia ketika ini.

“Saya memahami akan kesempitan dan keperitan yang ditanggungi oleh rakyat sekarang ini, saya mengharapkan agar semua pihak dan masyarakat saling membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain”, katanya lagi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cik Jayanti selaku jawatankuasa pelaksana program yang telah bersusah payah menguruskan dan menjayakan program ini. Hampir 10 buah keluarga hadir untuk menerima sumbangan daripada Dewan Muslimat Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Buloh.

Program telah diteruskan ke Merbau Sempak, bersama pimpinan DHPP Kawasan, En Sandramohan selaku Ketua DHPP PAS Kawasan Sungai Buloh. DHPP PAS Kawasan Sungai Buloh mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada semua yang berusaha untuk menyantuni masyarakat India di sini.

May be an image of 12 people, people standing and people sitting

“Perayaan yang semakin hampir, sudah pastinya sumbangan yang diterima ini menggembirakan mereka”, kata En Sandramohan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor