“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Anak muda yang membaca tulisan Ronnie ini sudah pasti ada yang berkata, betul juga pandangan ini. Yang haram hanya minum sahaja? Kenapa nak haramkan pekerjaan arak yang lain. “Ye sudah pasti ada yang terpengaruh”.
Namun berapa ramai anak muda diluar sana yang mengetahui bahawa Nabi SAW melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik sabda Nabi SAW :
قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْخَمْرِ عَشَرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِيَ لَهَا وَالْمُشْتَرَاةَ لَهُ
“Rasulullah SAW melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan arak. Yang memerah, yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual untuknya”.
Persoalan kita, kenapa Ronnie begitu berani mengupas perihal agama Islam di Medsos?
Sebahagian besar anak muda Islam mula memupuk pemahaman Liberal dalam kaedah berfikir yang kita tidak boleh nafikan kerana zaman melenia ini mereka sangat bebas mengekses maklumat sehingga mudah terpengaruh. Mempengaruhi anak muda dengan gaya berfikiran kritikal dan bebas tidak terikat dengan syariat adalah stertegi golongan politik Liberal dan Sekular bertembung dengan pendekatan politik Islam.
Adakah Ronnie mahu mempengaruhi pemikiran anak muda umat Islam, dengan mengganggu isu sensitiviti agama?
49% pengundi PRU15 akan datang adalah datangnya daripada pengundi Muda, maka tidak hairanlah golongan politik Sosialis ini mula cuba menarik perhatian dengan bermain isu-isu sensitif agar dapat mendekati dan mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga mereka bersuara untuk DAP.
Silap kita jika membawa pendekatan yang salah dalam isu ini dan terjerat dengan rentak musuh yang mahukan agar lebih ramai anak muda bebas berfikir tanpa doktrin agama.
Jika ia berlaku maka kita akan kehilangan undi mereka dan yang lebih malang lagi ramai yang akan menjauhi PAS dan sukar memahami gaya politik Islam yang dibawa oleh PAS.
Pendekatan kita mestilah lebih berkhidmah dengan penjelasan yang lebih ideal sesuai dengan pemahaman orang muda, dengan asas kerosakan akal yang dibawa oleh Arak maka segala usaha mencipta dan membawa kerosakan ini adalah lebih rosak sebagaimana kerosakan yang berlaku.
“Pemuda PAS untuk anak muda Negara”
27 Oktober 2021 | 20 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor