Home Berita PAS Perak

Hj Azhar Rafie dipilih YDP PAS Teluk Intan

379
SHARE

Oleh : Ummu Nidhal

TELUK INTAN, PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan buat kali ke 47 secara bersemuka di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan di Kg Padang Tembak pagi tadi.

Mesyuarat Agong yang telah dihadiri seramai 130 orang ahli jawatankuasa dan perwakilan dari 21 cawangan sekitar Teluk Intan ini diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan .

Pemilihan jawatankuasa peringkat kawasan tahun ini menyaksikan PAS Teluk Intan mendapat YDP yang baharu apabila YDP sedia ada, Ustaz Ismail Che Nik tidak lagi mempertahankan jawatannya.

Dalam ucapan akhirnya sebagai YDP, ustaz Ismail
menyeru semua ajk dan perwakilan menghayati maksud tema Mesyuarat Agong iaitu Islam Memimpin Ummah Sejahtera , dengan terus bekerja keras bagi
membawa dan melebarkan pengaruh perjuangan Islam di tanah air khususnya di Teluk Intan ni.

“Dengan gerak kerja yang teratur dan sistematik serta pertolongan Allah akan membuka hati-hati para pengundi untuk menerima perjuangan PAS dan merealisasikan Islam memimpin ummah dan negara,” ujar beliau dalam ucapannya.

Beliau yang telah menjawat jawatan sebagai YDP PAS kawasan selama 15 tahun bermula 2006 hingga sekarang meletakkan jawatan kerana faktor usia dan kesihatan.

Mesyuarat kali ini sebulat suara melantik Hj. Mohd Azhar Rafie menjadi YDP PAS bagi sessi 2021/2023.

Dalam ucapan penangguhannya, beliau mengharapkan agar seluruh perwakilan dan ajk yang baru dilantik terus istiqamah bersama PAS dalam menghadapi cabaran mendatang terutamanya melaksanakan persiapan menghadapi pilihanraya ke-15 dalam norma baharu.

Hj Mohd Azhar turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mantan YDP , Ustaz Ismail Che Nik atas kepimpinan beliau yang cemerlang selama 15 tahun ini seterusnya melantik beliau sebagai penasihat kepada organisasi PAS kawasan Teluk Intan.

Sebelum mesyuarat dimulakan, satu majlis pelancaran My Mutabaah J12K telah diadakan dan telah disempurnakan oleh mantan YDP iaitu Ustaz Ismail Che Nik.

Pelancaran ini diadakan bagi menggalakkan setiap ahli PAS memuat turun aplikasi My Mutabaah sebagai usaha mendisiplinkan diri bagi persiapan menjadi Jentera 12K.