Home Berita PAS Terengganu

‘E-Vote’ | Mengundi norma baharu

78
SHARE

BESUT – Mesyuarat Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada kali ini, merupakan tahun pemilihan Ahli Jawatankuasa di semua peringkat secara atas talian (e-vote) dalam menghadapi norma baru.

Pelbagai reaksi diterima daripada perwakilan terhadap kaedah baru yang diperkenalkan itu.

Ketua Muslimat Kuala Nerus, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman pula memuji pemilihan cara berkenaan kerana ia sangat membantu melancarkan pemilihan ahli jawatankuasa dimana setiap perwakilan dapat mengenali calon-calon yang bertanding melalui paparan skrin.

Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman

“Saya berharap kaedah sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang memandangkan proses pemilihan dan pengiraannya pun cepat,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Tetapi bagi Razali Mohd Sin, perwakilan Cawangan Gong Pasir, Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang berpendapat sebaliknya, katanya idea berkenaan pada awalnya baik namun kerap berlaku masalah teknikal di luar jangka yang menyebabkan mengambil masa yang lama serta membuang masa setiap perwakilan.

“Kesimpulannya saya berpendapat kita mesti mengekalkan kaedah pengundian secara manual menjadikan sistem atau perjalanan tidak terganggu, jimat masa dan masalah teknikal komputer salah tekan dan lain-lain tidak berlaku,” katanya

Ustaz
Ustazah Napisah Ismail

Mengulas lanjut, Mantan Ketua Muslimat PAS Besut, Ustazah Napisah Ismail berkata pemilihan cara berkenaan merupakan sesuatu yang baharu dan setiap perwakilan menghadapi kejanggalan.

Ia kerana masih ramai yang tidak mahir mengendalikan komputer.

” Alhamdulillah, terimakasih banyak kepada AMEERAH terutama Unit Teknologi Maklumat(IT) dan juga Briged Muslimat. yang turut sama-sama, turun padang membantu muslimat-muslimat untuk bermuktamar dan memilih calon menerusi ‘e-voting’,” katanya ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Besut Kali Kelapan pada 9 Oktober lalu.