Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi
Kisah Nabi Adam telah menyaksikan betapa bisikan syaitan iblis ini begitu lunak sekali, sehingga Nabi Adam terpedaya dengan kata-kata palsunya.
Allah telah perintahkan kepada Nabi Adam dan Hawa supaya tidak mendekati sepohon kayu di syurga. Menurut Tafsir al-Jalalain, pohon itu dinamakan sebagai al-Khuldi. Nak dekat pun tak boleh, lebih-lebih lagi makan.
Syaitan dengan tabiat hasad dengkinya, lalu dia menawarkan kepada Nabi Adam sebuah kehidupan yang kekal abadi di syurga. Dengan syarat Nabi Adam mestilah memakan sebiji buah yang bernama al-Khuldi.
الخلد = kekal
Pada zahirnya, nama buah tersebut bermakna ‘Kekal/Eternal’. Tetapi pada content isi dalamnya, ia membawa kepada kerosakan dan kerugian dek kerana melanggar arahan Allah.
Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini, bahawa sesuatu jenama itu mestilah dikaji terlebih dahulu isi kandungannya. Sebuah jenama yang baik, tidak bermakna intipatinya bermanfaat.
Kaedah mengatakan,
العِبْرَةُ بِالْمُسَمَّيَاتِ لَا بِالْأَسْمَاءِ
“Penilaian adalah pada apa yang dinamakan bukan pada nama-nama.”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor