Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang
NYDP PAS Kawasan Sepang
Michael H. Hart mengarang sebuah buku yang bertajuk “The 100 : A Ranking of the Most Influential Persons in History”, pada tahun 1978 dan telah meletakkan Nabi Muhammad SAW pada tempat yang pertama dalam senarai tersebut.
Ini adalah antara sebabnya:
1-Kerana Nabi Muhammad tidak pernah terpengaruh dengan penyimpangan jahiliah walaupun hidup dikelilingi dengan suasana jahiliah sejak baginda lahir sehingga dibangkitkan menjadi Rasul.
2-Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang memiliki akhlak yang terpuji dan ini luarbiasa pada zamannya kerana zaman itu adalah zaman manusia bernafsu binatang dan suka kepada perkara keji.
3-Nabi Muhammad SAW adalah bapa penyatuan ummah kerana baginda berjaya menyatupadukan ummat arab yang sentiasa berpecah dan berbalah kerana kesombongan dan dendam.
4-Nabi Muhammad SAW seorang yang sentiasa prihatin dan mempunyai kepekaan yang sangat tinggi kepada kesusahan ummah kerana menonjol sikap pemurah baginda membantu mereka yang kesempitan dan tersinar kasih sayangnya kepada golongan yang lemah.
5-Nabi Muhammad SAW seorang yang tegas mempertahankan prinsip kebenaran walaupun ditawarkan dengan pelbagai kemewahan dunia bagi baginda meninggalkan usaha dakwah kepada manusia.
6-Nabi Muhammad SAW berjaya memimpin dan mengembangkan potensi masyarakat dengan Islam sehingga mereka menjadi masyarakat yang hebat dan berjaya menumbangkan kuasa-kuasa besar dunia.
7-Nabi Muhammad SAW memiliki kekuatan spritual yang sangat tinggi sehingga menjadikan baginda manusia yang paling dekat dengan Allah dan yang paling dicintai olehNya.
اللهم صل على سيدنا محمد
Salam Maulidur Rasul.
19 Oktober 2021 | 12 Rabiul Awal 1443H
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor