Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : PAS Kawasan Sungai Besar
Esok adalah harinya bagi semua muktamirin dan muktamirat dari cawangan dan dewan untuk sesi muhasabah dan refleksi gerak kerja selama setahun kepimpinan ini.
Medan ini adalah medan untuk kita perbaiki dan perkemaskan lagi gerak kerja supaya agenda tarbiyah, dakwah dan siasah dapat diimplementasikan selaras dengan seruan pimpinan kita.
Persiapkan diri kita dan pastikan kita adalah salah seorang dari mereka yang akan menginfaqkan harta, tenaga, masa, ilmu dan sebagainya untuk jalan perjuangan ini. Mehnah dan tribulasi sentiasa menanti di hadapan, ayuh gempur dan kita hadapi bersama sebagai sebuah jamaah yang ampuh.
Selamat bermuktamar buat semua muktamirin dan muktamirat sekalian. Ini medan anda untuk berpencak.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor