Home Rencana PAS Selangor

“Let’s make DPPG the best in the world” – KPen DPPK Gombak

39
SHARE

May be an image of 1 person and standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : SK
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gombak

Kita berhadapan dalam ketidak tentuan poltik tanah air dan Gombak tidak terkecuali didalam kemelut politik yang begitu rencam percaturannya.

Pergolakan politik di Gombak selalunya menjadi tumpuan nasional dan keberadaan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) ditengah tengah suasana panas politik ini amat mengujakan semua peminat politik tanah air.

Tanggal 11 Oktober 2021 bertempat di Pusat Tarbiyah & Dakwah Hulu Kelang ini telah berlangsungnya pengumuman jawatankuasa penuh kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gombak sesi 2021/2023 oleh Sdr Abdul Basith sesuai dengan posisi Setiausaha DPPG.

“Kita mengalu alukan kepimpinan baharu yang muda sesuai dengan pelaksanaan undi 18 tahun dengan harapan ia dapat membantu menarik seberapa ramai anak muda bersama PAS!” tegas Khairul Yusri selaku Naib Ketua Pemuda DPPG.

Antara kenyatan pembakar semangat oleh Ustaz Abu Ubaidah selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak menyeru agar saf kepimpinan sesi baharu ini bekerja dan berusaha menjadikan DPPG sebagai organisasi terbaik di dunia. “Let’s make DPPG the best in the world!”. Tanpa dakwa dakwi dan berfokus!

Seterusnya Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak yang baharu Dr Firdaus Azim menyebut secara tegas dan tuntas akan 6 amanat utama khusus kepada pemuda Gombak.

1. Terus menjaga niat kita semua. Tidak cinta akan dunia. Tidak mencintai akan populariti.

2. Itqan- Ketekunan dalam bekerja. Perlu berusaha melaksanankan sedaya upaya setiap tugasan yang diberikan.

Fokus utama kepada:

a) Penerangan dan Media Baharu perlu berusaha ke arah strategi baharu.
b) Kesungguhan kualiti dalam melaksanakan tarbiyah dalaman kepada ahli.
c) Menjaga ukhwwuah dengan lebih baik antara kita sesama jemaah.

3. Teruskan mempertingkatkan kualiti diri. Jika perlu hadir kursus tambahan silakan,teruskan. Jika perlu lakukan sesuatu yang baharu sila teruskan. Jangan bertangguh.

4. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah sebagai pemangkin kepada usaha perbaiki diri.

5. Sentiasa menjaga kasihatan diri, mental, emosi dan fizikal. Jika ada kemurungan dan ada perasaan “down”, kena berusaha berubat dan mencari jalan terbaik.

6. Menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada jemaah. Setiap kali kita pulang lambat ke rumah, perlu santuni dan perbaiki hubungan sesama keluarga.

“Ayuh teman teman, peluang bekerja dan berbakti terbentang luas kepada kita semua. Kekuatan pemuda adalah tergantung kepada sejauh mana sinergi kebersamaan kita menjalankan tugasan”.

“Usah bertangguh dan terus bergerak kehadapan teman teman. Target 30 hari pertama pasti menjadi KPI khusus kepada gerak kerja pemuda!”

Seeru Ala Barakatillah.

12 Oktober 2021 | 5 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor