Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang
Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Tahunan Dewan Muslimat PAS kawasan (DMPK) Tanjong Karang pada hari ini.
Seramai 50 orang perwakilan dan 15 pemerhati dari cawangan-cawangan Muslimat PAS Tanjong Karang komited menghadiri mesyuarat tahunan dalam norma baharu ini.
Dengan terlantiknya kepimpinan baharu DMPK Tanjong Karang diharapkan Muslimat PAS dapat terus bergerak-kerja dengan lebih bersemangat untuk menegakkan Islam dalam kalangan masyarakat dan negara ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat pada kali ini.
Seeru’ala barakatillah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor