Saf Pimpinan yang turut hadir bersama termasuk Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Ustaz Nushi Mahfodz, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Muhamad Jan Bin Sulong serta pimpinan PAS kawasan yang lain
Menurut PAS Kawasan Hulu Langat yang menjadi tuan rumah menyatakan, sejurus pelancaran program tersebut selesai, Sidang Kenyataan Media telah diadakan bagi menjelaskan Objektif GENGGAM Selangor, iaitu sebagai satu program yang diadakan bagi menyahut inisiatif konsep Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Program GENGGAM Selangor ini akan dilaksanakan disetiap satu Parlimen Negeri Selangor bermula di Hulu Langat, meneruskan agenda mengeratkan perpaduan antara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula negara ini sejajar dengan gagasan ‘Keluarga Malaysia’.