Home Berita PAS Terengganu

Youtuber’ sebagai pendakwah

188
SHARE

DUNGUN – Kehadiran ‘Youtubers’ yang mengetengahkan kandungan video (content) berunsur nasihat sebagai platform santai, sekaligus meletakkan mereka sebagai pendakwah, seharusnya dipuji.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli (Gambar atas) berkata, mereka yang di sifatkan sebagai ‘pempengaruh’ (influencer), dipandang tinggi di mata masyarakat.

Menurutnya, setiap patah perkataan ‘influencer’ sangat memberi kesan kepada tingkah laku orang awam.

“Jadi kita sebagai orang yang dikenali membuat video yang lawak untuk mengajak masyarakat kepada kebaikan. Jadi di situ Allah bantu, Allah mudahkan rezeki kita, ” katanya.

Beliau bercakap demikian dalam program bual bicara Bicara Idola, disiarkan secara langsung melalui laman sosial Parti PAS Kawasan Dungun pada Rabu, 6 Oktober.

Sebelum itu ‘Youtuber’ Syukri Sulaiman berkata, beliau sangat berhati-hati dalam menyediakan ‘content’ untuk tatapan masyarakat.

“Hidup kita biarlah memberi manfaat kepada orang, memberi itu bukan sahaja beri duit sahaja tetapi beri ilmu pengetahuan, memberi hiburan yang patuh syariah,” jelasnya.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda berkata, program tersebut adalah inisiatif parti tersebut dalam menyantuni para ‘pempengaruh’.

” Pengisian yang baik bagi motivasi kerjaya anak muda dan peluang dalam bidang mencari pendapatan sebagai youtuber dan pembikinan video pendek,” ujarnya yang bertindak sebagai moderator dalam program berkenaan.