Home Berita PAS Selangor

‘Bakul Prihatin’ hadir menyantuni 5 buah keluarga di Kota Raja – PAS Kawasan Kota Raja

92
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 6 Oktober – PAS Cawangan Putra Heights yang berada dibawah Parlimen Kota Raja, semalam telah turun menyantuni dan menyampaikan ‘Bakul Prihatin’ Perikatan Nasional kepada 5 buah keluarga yang berada di sekitar Putra Heights dan Bukit Lanchong.

Menurut wakil PAS Cawangan Putra Heights, tiga daripada 5 penerima tersebut merupakan ibu tunggal.

Sumbangan ‘Bakul Prihatin’ itu telah disampaikan oleh Ketua Cawangan PAS Putra Heights, Tuan Haji Burhan Adnan juga merangkap Bendahari PAS Kawasan Kota Raja.

Semoga bantuan yang telah dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan lagi kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor