“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Besar harapan saya dan sebahgian besar sahabat Amal terutama Jurulatih kita untuk melihat satu hari nanti lebih ramai anggota Amal dari seluruh pelusuk Negara dapat hadir mengikuti kursus asas Penyelamat dan Kebakaran di akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia ini atau mana-mana agensi Penyelamat yang lain.
Anggota Amal perlu dilatih dengan baik agar keberadaan mereka di lapangan operasi atau misi menyelamat terus diiktiraf oleh seluruh agensi kerajaan, seperti JBPM sendiri, APM, Maritim Malaysia, PDRM dan sebagainya.
Tahniah, baharu ini, Anggota Amal Kawasan Kemaman diberi peluang berlatih dalam Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Simulasi Banjir Menyelamat & Pertolongan Cemas bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman memperlihatkan bahawa agensi kerajaan sudah mengiktiraf kerberadaan JAM dalam setiap operasi bencana.
Latihan Simulasi seperti ini sangat penting kepada semua anggota Amal seluruh Negara sebagai persiapan mental dan fizikal seterusnya menyelia seluruh aset yang ada bagi menghadapi sebarang musibah Bencana terutama jika Banjir besar melanda negara.
Alhamdulillah, bagi JAM Selangor kita telah mengadakan latihan Simulasi ini diperingkat Negeri Selangor bersama anggota Amal Negeri Pahang dan saya sendiri sudah kongsikan kertas kerja latihan Simulasi kepada semua Pengarah Amal Negeri dan mencadangkan agar ia dapat dilaksanakan di peringkat Negeri atau Zon.
Selaras dengan tujuan dan Objektif penubuhan Jabatan Amal Malaysia dibawah Dewan Pemuda PAS Malaysia ini, sudah pasti harapan kita semua mahu melihat JAM sebagai pasukan sukarelawan beruniform berteraskan Islam ini dapat terus terlatih dalam melaksanakan kerja-kerja Berkebajikan dan Khidmat kemanusiaan seterusnya berperanan dengan lebih baik kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan dan seluruh dunia insya Allah satu hari nanti.
6 Oktober 2021 | 29 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor