Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang
Oleh : Tn Ir. Mohd Haslin Mohd Hassan
YDP PAS Kawasan Sepang
Penyatuan dan perpaduan ummah adalah perkara yang dituntut oleh Islam. Maka sebab itu saya sangat berharap agar perpaduan ummah di Sepang malah di Malaysia ini diperkukuhkan lagi.
Perpaduan yang hendak dicapai mestilah bersandarkan kepada agama (Islam). Oleh itu semua pimpinan wajar meletakkan kepentingan menyelamatkan agama (Islam), bangsa dan negara itu sebagai agenda yang terutama.
Kepimpinan parti-parti atau kumpulan, mesti menunjukkan tauladan kesungguhan usaha bagi mengukuhkan perpaduan. Pemimpin juga seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata ataupun ucapan di khalayak mahupun media.
Jika kita ikhlas inginkan perpaduan ummah didokong oleh semua, setiap perbezaan pandangan sewajar diselesaikan di meja rundingan dengan saling hormat menghormati.
Saya amat berharap perpaduan ummah di Sepang dapat terus diperkukuhkan dengan sentiasa mengadakan perbincangan dan program bersama.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor