Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
PAS Kawasan Kota Raja menerusi KRCAMALSELANGOR mengucapkan jutaan tahniah atas usaha mewujudkan ‘Dapur It’am’ di Masjid dan Surau-Surau kerana menurut mereka ia adalah langkah terbaik dalam memenuhi tanggungjawab menyemarakkan budaya Ruhama’ atau kasih sayang.
“Menyedia dan memberi makan terutama kepada golongan yang benar-benar memerlukan adalah sunnah muktabar yang sangat dianjurkan Islam”, jelas wakil KRCAMALSELANGOR.
Menurut mereka juga pada waktu yang sama boleh meningkatkan penggunaan peralatan yang sedia ada, melatih Asnaf sebagai Relawan Dapur Makanan serta meningkatkan penglibatan awam melalui pendanaan daripada orang ramai.
Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
KRCAMALSELANGOR telah menubuhkan Kluster Relawan Dapur Amal untuk aktiviti penyediaan makanan sejak 19 Mac 2020 dan berbelanja lebih RM150,000.00 hasil Infaq orang ramai.
Ia telah memberi manfaat kepada puluhan ribu penerima di di kawasan termasuk Kota Raja, Kapar, Klang, Petaling Jaya, Damansara, Pahang dan Johor. Juga kepada Frontliners di Hospital, Pusat Saringan Covid serta Pusat Pengambilan Vaksin
“InsyaAllah program ini akan diteruskan selagi keadaan memerlukan”.
5 Oktober 2021 | 28 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor